Jenis Maklumat yang Dikumpul oleh Kami

Carta berikut menerangkan jenis maklumat yang dikumpul oleh kami, tujuan kami mengumpul dan menggunakannya, dan sebab penggunaan sedemikian mematuhi undang-undang (asas undang-undang). Walaupun carta di bawah menerangkan tujuan utama kami mengumpulkan maklumat anda, dalam kebanyakan situasi kami mempunyai lebih daripada satu tujuan. Contohnya, jika anda melengkapkan pembelian dalam talian, kami mengumpul maklumat anda untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda, tetapi kami juga mengumpul maklumat anda kerana kami mempunyai kepentingan yang sah untuk mengekalkannya selepas transaksi anda selesai supaya kami boleh respon dengan cepat dan mudah kepada sebarang soalan tentang pesanan anda. Akibatnya, dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, pengumpulan dan pemprosesan maklumat anda adalah berdasarkan dalam konteks yang berbeza atas persetujuan anda, keperluan kami untuk melaksanakan kontrak, kewajipan kami di bawah undang-undang dan/atau kepentingan sah kami.

Konteks Jenis Maklumat
(Contoh)
Tujuan Utama untuk
Pengumpulan
dan Penggunaan
Asas Undang-undang1
Pendaftaran Akaun Kami mengumpul nama dan alamat e-mel anda apabila anda mewujudkan akaun. Kami juga mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tindakan yang anda lakukan semasa anda log masuk ke akaun anda. Untuk mentadbir akaun anda dan berkomunikasi dengan anda tentang akaun anda. Akaun boleh digunakan untuk pembayaran mudah dan untuk menyimpan pilihan dan sejarah transaksi anda. Kami mempunyai kepentingan yang sah untuk menyediakan akaun kepada anda, dan dengan pilihan serta perkhidmatan yang didayakan oleh akaun tersebut.
Maklumat Pengedar Kami mengumpul nama, dan maklumat hubungan kerja, pengedar kami dan pekerja mereka yang mungkin berinteraksi dengan kami. Untuk mengurus perhubungan perniagaan kami dan menjalankan pentadbiran perniagaan biasa seperti projek, perkhidmatan dan pengebilan. Kami mempunyai kepentingan yang sah untuk menghubungi pengedar kami dan berkomunikasi dengan mereka mengenai pentadbiran perniagaan biasa.
Maklumat Demografi Kami mungkin menjalankan tinjauan dan sebaliknya mengumpul maklumat demografi seperti umur dan julat pendapatan, jantina, pendidikan, saiz isi rumah dan status perkahwinan. Untuk membolehkan kami memahami dengan lebih baik minat, aktiviti, demografi dan profil anda. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memahami pengguna kami dan menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan.
Pertanyaan, Komen dan Maklumat Balas Jika anda menghubungi kami, kami mengumpulkan nama dan alamat e-mel anda, serta kandungan lain yang anda hantar kepada kami. Untuk menjawab atau membuat susulan pada komen, ulasan, pertanyaan dan permintaan lain anda. Kami mempunyai kepentingan sah untuk menerima, dan bertindak atas, maklum balas atau masalah yang dihadapi oleh anda.
Pemohon Pekerjaan Jika anda memohon jawatan kosong yang disiarkan, kami mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk memproses permohonan anda atau untuk mengambil anda sebagai seorang pekerja. Ini mungkin termasuk, antara lain, Nombor Keselamatan Sosial atau Nombor Insurans Nasional anda. Memberi maklumat ini diperlukan dalam beberapa bidang kuasa untuk pertimbangan pekerjaan. Untuk butiran mengenai maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakan maklumat tersebut, anda boleh membaca lebih lanjut di halaman Pendedahan Tambahan untuk Pemohon Kerja <<masukkan hiperpautan>>. Untuk memproses permohonan anda dan berkomunikasi dengan anda tentang permohonan anda. Kami menggunakan maklumat tentang pemohon pekerjaan untuk jangkaan penyediaan kontrak pekerjaan. Dalam sesetengah konteks, kami juga dikehendaki oleh undang-undang untuk mengumpul maklumat tentang pemohon. Kami juga mempunyai minat yang sah untuk menggunakan maklumat ini bagi menilai calon untuk memenuhi jawatan kosong.
Program Kesetiaan atau Ganjaran Apabila anda mendaftar untuk salah satu program kesetiaan atau ganjaran kami, kami mengumpul alamat e-mel atau alamat pos anda, serta maklumat lain yang berkaitan. Untuk mentadbir program kesetiaan dan ganjaran kami. Untuk melaksanakan kewajipan kontrak kami untuk mentadbir program kesetiaan kami.Kami juga mempunyai kepentingan sah dalam mentadbir program kesetiaan kami.
Senarai Mel Apabila anda mendaftar untuk salah satu daripada senarai mel kami, kami mengumpul nama, alamat e-mel atau alamat pos anda, serta maklumat lain yang berkaitan. Untuk menghantar berita, tawaran istimewa atau mesej promosi lain yang kami fikir akan menarik minat anda atau yang anda telah meminta maklumatnya. Persetujuan anda.Kami juga mempunyai kepentingan sah untuk berkongsi maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami.
Membuat Pesanan Kami mengumpul nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, (termasuk nombor kad kredit dan alamat pengebilan), serta alamat penghantaran apabila anda membuat pesanan. Untuk memproses transaksi yang diminta oleh anda, memenuhi pesanan anda, dan menghantar kepada anda komunikasi berkaitan berkenaan pesanan anda. Untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang diminta oleh anda.
Promosi Rakan Kongsi Kami mengumpul maklumat yang anda berikan sebagai sebahagian daripada promosi jenama bersama dengan syarikat lain. Untuk menghantar komunikasi promosi yang disesuaikan kepada anda untuk menawarkan produk atau perkhidmatan secara bersama. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memenuhi promosi kami.
Ulasan Jika anda menilai atau memberi ulasan produk di salah satu laman web kami, kami mengumpul nama, alamat e-mel dan apa-apa maklumat yang anda berikan dalam ulasan anda. Untuk menyerahkan, mengurus, menyah pendua dan/atau mengesahkan ulasan yang diserahkan tentang produk atau perkhidmatan kami. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memahami pendapat anda dan mengumpul maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami.
Rangkaian Sosial Jika anda berhubung dengan kami melalui rangkaian sosial, menyerahkan kandungan janaan pengguna atau menyertai forum dalam talian kami, kami mengumpul sebarang kandungan yang anda pilih untuk diberikan, yang mungkin termasuk nama pengguna media sosial atau profil akaun anda. Untuk menerbitkan ulasan, komen, foto, video dan kandungan lain yang anda telah siarkan pada salah satu ciri interaktif atau yang dijana oleh pengguna kami. Kami mempunyai kepentingan sah untuk berkomunikasi dengan anda, memahami pendapat anda dan menyediakan perkhidmatan dan produk yang disesuaikan.
Tinjauan Apabila anda mengambil bahagian dalam tinjauan, kami mengumpul maklumat yang anda berikan melalui tinjauan tersebut. Jika tinjauan itu disediakan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga, dasar privasi pihak ketiga digunakan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat anda. Untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan perniagaan, produk dan perkhidmatan kami. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memahami pendapat anda, dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan organisasi kami.
Cabutan Bertuah atau Peraduan Apabila anda mengambil bahagian dalam cabutan bertuah atau pertandingan, kami mengumpul maklumat tentang anda yang termasuk maklumat hubungan untuk memberitahu anda jika anda terpilih. Untuk berkomunikasi dengan anda tentang cabutan bertuah, peraduan, atau perkara lain yang anda telah sertai atau mengambil bahagian atau yang anda telah meminta maklumatnya. Kami mempunyai kepentingan sah dalam mengendalikan cabutan bertuah atau peraduan kami.Dalam sesetengah konteks, kami juga dikehendaki oleh undang-undang untuk mengumpul maklumat tentang mereka yang menyertai cabutan bertuah atau pertandingan kami, dan kami mempunyai kepentingan sah untuk mematuhi undang-undang tersebut.
Pendaftaran Hadiah Kami mengumpul nama anda, maklumat hubungan, alamat penghantaran dan maklumat tentang acara yang anda daftarkan. Untuk membenarkan pengguna membuat pendaftaran awam untuk berkongsi jenis produk yang mereka mungkin berminat untuk menerima. Kami mempunyai kepentingan sah dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan pendaftaran hadiah.

1. Di sesetengah negara, kepentingan sah kami mungkin timbul dengan mendapatkan kebenaran nyata atau tersirat anda. Anda boleh membaca lebih lanjut pada halaman Terma Khusus Bidang Kuasa Tambahan.

Kuki dan Teknologi Penjejakan Serupa yang Lain

Konteks Jenis Maklumat
(Contoh)
Tujuan Utama untuk
Pengumpulan
dan Penggunaan
Asas Undang-undang1
Kuki dan Penjejakan Pihak Pertama Kami menggunakan kuki dan teknologi serupa apabila anda berinteraksi dengan laman web dan aplikasi kami. “Kuki” ialah cebisan kecil maklumat yang dihantar oleh laman web ke pemacu keras komputer semasa melihat laman web. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara tertentu laman web kami menggunakan kuki dan untuk mengemas kini pilihan anda, klik pautan “Tetapan Kuki” yang tersedia di laman web masing-masing. Kami menggunakan kuki untuk beberapa sebab, seperti:

  • untuk memberi perkhidmatan kepada anda dengan pengiklanan yang berkaitan
  • untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda berinteraksi dengan kandungan kami
  • membantu kami meningkatkan pengalaman anda semasa melawati laman web kami
  • untuk mengingati pilihan anda, seperti bahasa atau wilayah, jadi anda tidak perlu menyesuaikan laman web pada setiap lawatan
  • untuk mengenal pasti ralat dan menyelesaikannya
  • untuk menganalisis prestasi laman web kami
Kami mempunyai kepentingan sah untuk menjadikan laman web kami beroperasi dengan cekap. Kami juga mempunyai kepentingan sah untuk menyiarkan iklan yang disasarkan kepada anda.Jika dikehendaki oleh undang-undang, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk penggunaan kuki di laman web kami sendiri.
Kuki dan Penjejakan Pihak Ketiga Kami mengambil bahagian dalam pengiklanan berasaskan tingkah laku. Ini bermakna pihak ketiga menggunakan teknologi (cth, kuki) untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan laman web kami oleh anda supaya mereka boleh menyediakan pengiklanan tentang produk dan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut minat anda. Pihak ketiga itu juga mungkin mengumpul maklumat dari semasa ke semasa dan merentasi laman web yang berbeza untuk menyiarkan iklan di laman web kami, atau di laman web lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara tertentu laman web kami menggunakan kuki dan untuk mengemas kini pilihan anda, klik pautan “Tetapan Kuki” yang tersedia di laman web masing-masing. Untuk menyampaikan iklan dan kandungan yang berkaitan dengan minat anda. Kami mempunyai kepentingan sah untuk terlibat dalam pengiklanan berasaskan tingkah laku.Apabila dikehendaki oleh undang-undang, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk penggunaan kuki di laman web kami sendiri.
Kesalinghubungan E-mel Jika anda menerima e-mel daripada kami, kami menggunakan alat tertentu untuk merakam data yang berkaitan apabila anda membuka mesej kami, klik pada mana-mana pautan atau sepanduk yang terkandung di dalamnya dan membuat pembelian. Untuk memahami cara anda berinteraksi dengan komunikasi yang kami hantar kepada anda. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memahami cara anda berinteraksi dengan komunikasi yang kami hantar kepada anda.
Peranti Mudah Alih / Aplikasi Mudah Alih Kami mengumpul maklumat daripada peranti mudah alih anda seperti maklumat pengenalan unik yang disiarkan daripada peranti anda apabila anda melawati laman web kami atau menggunakan aplikasi mudah alih kami. Maklumat ini termasuk data penggunaan, seperti tarikh dan masa aplikasi pada peranti anda mengakses pelayan kami dan maklumat serta fail yang telah dimuat turun ke aplikasi berdasarkan nombor peranti anda. Untuk memahami cara anda berinteraksi dengan aplikasi mudah alih kami untuk memperbaikinya dengan lebih baik. Kami mempunyai kepentingan sah untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang terbaik.

Kami juga mempunyai kepentingan sah dalam mengesan dan mencegah penipuan.

Interaksi Laman Web Kami menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk memantau cara anda berinteraksi dengan laman web kami. Ini mungkin termasuk pautan yang anda klik atau maklumat yang anda taip pada borang dalam talian kami. Ini juga mungkin termasuk maklumat tentang peranti atau penyemak imbas anda. Selain itu, kami mungkin menggunakan perisian atau perkhidmatan ulangan sesi pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat jenis ini. Untuk memahami cara anda berinteraksi dengan laman web kami untuk menambah baiknya, dan untuk memahami keutamaan dan minat anda untuk memilih tawaran yang anda mungkin rasa paling berguna Kami mempunyai kepentingan sah dalam mengumpul dan menganalisis maklumat tentang penggunaan laman web kami.

Kami juga mempunyai kepentingan sah dalam mengesan dan mencegah penipuan.

Log web Kami mengumpul maklumat, termasuk jenis penyemak imbas anda, sistem pengendalian, alamat Internet Protocol (IP) (nombor yang diberikan secara automatik kepada komputer apabila Internet digunakan), nama domain, aktiviti klik, laman web yang merujuk dan/atau tarikh /cap masa untuk para pelawat. Untuk memantau aktiviti dan trend serta memahami jenis perkhidmatan kami yang paling popular. Kami mempunyai kepentingan sah dalam memantau rangkaian kami dan pelawat ke laman web kami.

Kami juga mempunyai kepentingan sah dalam mengesan dan mencegah penipuan.

1. Di sesetengah negara, kepentingan sah kami mungkin timbul dengan mendapatkan kebenaran nyata atau tersirat anda. Anda boleh membaca lebih lanjut pada halaman Terma Khusus Bidang Kuasa Tambahan.